Tahniah Kepada Semua Lepasan SPM / STPM 2018


Keputusan STPM dan SPM 2018 masing-masing diumumkan pada 11 dan 14 Mac 2019. Seramai 421,706 orang calon telah menduduki peperiksaan SPM  manakala 42,849 orang calon telah menduduki tahun STPM pada tahun 2018.

Pusat Latihan Tenaga Pengajar ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha sebaiknya bagi menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Tahniah dan syabas juga kepada pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang dan memuaskan. Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa, ahli keluarga, dan guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar dan dorongan bagi membantu melonjakkan minat, usaha, serta prestasi para pelajar. Bagi pelajar mendapat keputusan kurang memuaskan, teruskan bangkit dan melangkah untuk terus maju di masa hadapan.

Selepas mendapat keputusan SPM/STPM, para pelajar seterusnya boleh memilih untuk melanjutkan pengajian di tempat yang lebih tinggi bagi membantu mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan mendapat kerjaya yang diminati dan diingini.

Adakah anda bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik pada masa hadapan bagi membantu perkembangan pendidikan negara? Sila layari Laman Rasmi PLTP dengan menekan butang ini: PROGRAM PLTP untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang dijalankan PLTP. 

Tulus ikhlas dan salam sehati sejiwa,
Pusat Latihan Tenaga Pengajar


Comments

Popular Posts