Ingin menjadi seorang pendidik? Anda boleh merealisasikan cita-cita anda dengan menyambung pelajaran di Sabah, atau Sarawak.

Untuk mendaftar atau ingin mengetahui lebih lanjut, sila tekan pautan ini:

SYARAT AM KEMASUKAN
PLTP menawarkan kemasukan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau 2 Prinsipal atau memiliki Matrikulasi/Diploma dari intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau mendapat sekurang-kurangnya Gred Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau memiliki Diploma Vokasional (Kepujian BM KOD 1104, PNGK Akademik 3.33 & PNGK Vokasional 3.67)​

BANTUAN KEWANGAN ATAU PINJAMAN
PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan
KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


PELUANG PEKERJAAN
Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. KPM sedang meningkatkan kemasukan pelajar ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87% pada tahun 2015. Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda.​
✔Guru tadika
✔Guru Pra sekolah
✔Pengusaha tadika dan taska
✔Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
✔Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
✔Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
✔Konsultan pengurusan pra-sekolah
✔Bekerja di Sekolah Antarabangsa
✔Penolong Pengarah Pendidikan
✔Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Gaji
Permulaan: RM 1,500 hingga RM 2, 500
Profesional: RM 3,500 hingga RM 5,500

Ingin ketahui dengan lebih lanjut tentang program yang ditawarkan? Sila layari laman rasmi PLTP dengan menekan pautan ini:

LAMAN RASMI PUSAT LATIHAN TENAGA PENGAJAR

Tulus ikhlas dan salam sehati sejiwa,
Pusat Latihan Tenaga Pengajar

Comments

Popular Posts